Search

FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 12)
  • Share this:

FEKAH HALAL & HARAM DALAM KEHIDUPAN (Siri 12)

Surat sokongan & rekomendasi

Imam al-Shafii sewaktu berumur 8 tahun telah dibawa ibunya berjumpa dengan Wali (Gabenor) Mekah bagi memohon dibawa anaknya berjumpa Imam Malik di Madinah. Harapan seorang ibu supaya anaknya diterima sebagai pelajar Imam Malik bin Anas.

Wali Mekah membawa Muhammad bin Idris al-Shafii ke Madinah. Sebaik saja Imam Malik melihat wajah Wali Mekah, beliau berkata;

"Aku tidak terima pelajar dengan cara sokongan."

Sewaktu Wali Mekah ingin melangkah pulang, anak muda Muhammad bin Idris melangkah ke hadapan. Dia terus membaca lancar teks kitab al-Muwatta' karangan Imam Malik secara hafalan. Imam Malik terpegun. Anak muda ini diterima sebagai pelajar sekolah elit Imam Malik.

Tidak salah meminta surat sokongan & juga menerima surat sokongan. Ni dah jadi uruf & amalan kita.

Jadi apa masalahnya dalam siri fekah halal & haram ini?

Memang tak salah. Malah surat sokongan boleh menyerlahkan kredential seseorang. Yang salah ialah proses & prosedur. Banyak yang haram dalam Islam ialah berkaitan prosedur. Jangan benci kena patuh prosedur walaupun nak menderma kerana ia melibatkan harta awam. Prosedur menjaga nilai integriti.

Yang salah adalah seorang pegawai atau calon memohon surat sokongan atau rekomendasi dari pegawai atasan atau pegawai yang memantau sesebuah agensi untuk perlantikan atau naik pangkat dalam agensi yang sama.

Yang lebih salah lagi ialah seorang pegawai atasan atau No 1 memberi sokongan atau rekomendasi atau mencatitkan atas surat atau borang permohonan 'Saya menyokong' atau 'Saya Amat Menyokong' atau 'Ambil Pertimbangan Segera'.

Ini semua salah. Ia boleh memberi tekanan kepada pengurusan atau agensi secara keseluruhan. Orang yang meminta sokongan mungkin tidak yakin dengan kredentialnya & pihak yang menyokong pula mungkin ada kepentingan tertentu atau paling kurang terhutang budi atau kedua2nya sekali.

Sebagai Presiden UIAM, saya banyak mendapat permohonan sokongan. Saya tidak layan kalau untuk agensi UIAM. Tapi kalau bagi mendapat sesuatu dari pihak luar, saya sokong gila2.

Kesalahan kadang2 bukan pada isi tetapi pada cara penyampaian serta prosedur.

#fekahhalal&haram

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts